JutawanInternet.org

jutawan internet singapore

MEMANFAAT BLOG UNTUK RAIH UNTUNG

By Fadzuli • May 28th, 2008 • Category: Blog

Petikan dalam Berita Harian Hari ini!!

Oleh
Adibah Ahmad
BETULKAH seseorang itu boleh meraih keuntungan menerusi blog?

Keraguan itu mendorong Cik Salwati Abdullah, 43 tahun, menyertai satu bengkel blog baru-baru ini bersama anaknya, Hafizawati Hafidz, 17 tahun, pelajar Sekolah Menengah Telok Kurau.

Dikendalikan oleh Encik Fadzuli Wahab, 25 tahun, seorang anggota Kelab Ekoniaga (KE) Berita Harian (BH), yang juga usahawan Internet, bengkel itu meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai blog dan potensinya sebagai saluran menjana pendapatan sampingan.

Bengkel itu disertai 13 peserta terdiri daripada suri rumah, pekerja dan remaja.

Blog, yang merupakan diari alam maya, kini bukan sahaja digunakan untuk menulis, malah sering dimanfaatkan sebagai alat menjana pendapatan sampingan, baik menerusi pemasaran produk atau pemasaran bersekutu.

Dalam bengkel interaktif tersebut, para peserta berpeluang menghasilkan blog mereka sendiri dengan bimbingan Encik Fadzuli dan mempelajari cara memasarkan produk dengan kreatif.

‘Sebelum menyertai bengkel ini, kami mempunyai banyak soalan dan keraguan mengenai penggunaan Internet bagi menjana pendapatan. Biasanya, saya sekadar melungsuri Internet untuk mendapatkan maklumat tertentu, sementara anak saya sering ke ruang sembang,’ jelas Cik Salwati.

Seorang lagi peserta, Encik Mohamed Riduan Mohamed, 59 tahun, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Changkat Changi, berkata:

‘Internet menjadi wadah utama perhubungan dunia moden yang mesti kita kuasai. Menyertai bengkel ini merupakan langkah pertama bagi saya. Saya ingin memahami dan menggunakan apa yang dipelajari sebaik mungkin dan kalau boleh, saya ingin menjalankan perniagaan menerusinya.’

Menjelaskan harapannya kepada para peserta, Encik Fadzuli, pemilik gerbang Internet islamicevents.sg, gembira mereka sudah mempelajari cara menghasilkan blog dan teknik mengembangkan bisnes mereka.

Bagi anda yang terlepas peluang menghadiri bengkel tersebut, usah khuatir kerana satu lagi bengkel akan diadakan pada 8 Jun ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Fadzuli di 9452-0491 atau klik sini untuk mendaftar.

Penulis ialah anggota Kelab Ekoniaga

TIP

  • Lengkapkan blog dengan maklumat padat produk
  • Kenal pasti cara terbaik pasarkan produk
  • Sebarkan alamat laman blog anda.
  • Caranya: Akhiri e-mel dengan alamat laman web blog anda dan sertai forum-forum alam maya yang relevan

  • Gunakan teknik pemasaran bersekutu. Kenal pasti laman web pemasaran itu dan pilih produk sesuai.
  • Iklankan di blog anda untuk dapatkan komisen.

    Ini tertakluk pada syarat-syarat tertentu, oleh itu kajian lengkap amat perlu.

    —————————————————————

    Blog - Blog yang telah disiapkan oleh pelajar-pelajar:

    Muhd Azli
    Blog: http://ashydiq99.blogspot.com

    Saadah
    Blog:http://saadaharip.blogspot.com

    Zaitun
    Blog: http://zaitun1.blogspot.com

    Ridwan
    Blog: http://pakwankaya.blogspot.com

    Chomel
    Blog: http://successadvocates.blogspot.com





    Tagged as: , , ,

    Fadzuli is an Internet Entrepreneur. Specializing in Web Development & Internet Marketing. Visit his blog http://www.fadzuli.com
    Email this author | All posts by Fadzuli

    Leave a Reply